09 December 2010

Lawat Hong Kong: Makan di Kantin Masjid Ammar Hong Kong

Entry sebelum ini ialah mengenai aktiviti kami melawat Disneyland Resort Hong Kong. Pada hari ketiga berada di Hong Kong, aktiviti diteruskan dengan melawat Masjid Ammar untuk makan tengah hari. Di tingkat 4 bangunan tersebut terdapat kantin yang menyediakan makanan cina yang halal.


Perjalanan bermula pada jam 11.00 pagi dengan berjalanan menuju ke jeti feri. Kami sengaja menggunakan feri untuk merasai pengalaman menaiki feri pula. Perjalanan memakan masa hanya 20 minit untuk ke seberang. Dari terminal feri, kami menggunakan bas pula untuk ke Masjid Ammar.

Kami tiba di kantin Masjid Ammar jam 12.30 petang. Ketika itu, pengunjung sangat ramai dan didapati ramai juga warga Malaysia yang turut makan di situ. Pertama kali singgah, kami agak terkial-kial juga kerana tidak tahu sistem untuk pesan makanan. Pelayan ketika itu sangat sibuk dan sukar untuk bertanya. Malah kertas untuk membuat pesanan dalam bahasa Cina. Akhirnya kami selamat menjamu selera.

Harga makanan di kantin ini lebih murah berbanding dengan makan di restoran Pakistan. Kami membuat pesanan 2 nasi goreng seafood, beberapa set Dim Sum dan minuman. Kos untuk kesemua tersebut adalah HK$141.00. Makanan juga sedap dan banyak pilihan.

Jika anda ke Hong Kong, pastikan anda singgah di kantin tersebut. Ia dibuka diawal padi hingga ke malam.

Galeri gambar:










2 comments:

  1. best pegi Hong Kong..last year bulan Nov 2013 pegi sana.. tak puas, makanya hujung bulan ni pegi lagi... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mamamia.. syok nyer.. :)
      mmg best hongkong

      Delete


EmoticonEmoticon