08 December 2010

Lawat Hong Kong: Disneyland Resort Hong Kong

Selepas meronda Avenue Of Stars dan Ladies Market malam tadi (entry sebelum ini), kami berehat dan tidur. Pada pagi hari kedua berada di Hong Kong, aktiviti diteruskan dengan melawat Disneyland Resot Hong Kong pula.

Kami menggunakan pengangkutan MTR untuk ke sana. Kami perlu menukar 3 MTR untuk sampai ke sana. Perjalanan keseluruhan memakan masa lebih kurang 45 minit sahaja.

Sampai di sana, kami terus mendapatkan tiket untuk masuk. Kos untuk dewasa ialah HK$300 dan kanak-kanak HK$250 untuk hari biasa. Pada hari cuti umum dan hari minggu, harga bertambah HK$50 setiap kategori.

Sebelum masuk, pelawat akan diperiksa oleh pengawal untuk memastikan tidak membawa masuk makanan. Kami sebenarnya menyeludup masuk juga sedikit coklat untuk tenaga simpanan.

Dalam Disneyland, kebanyakkan semua permainan dan tempat kami lawati kecuali permainan yang mempunyai had ketinggian yang mana Azwar tidak melepasinya. Lenguh juga kaki untuk melawat semua tempat tersebut.

Cuaca pada hari tersebut panas. Oleh itu, kami tidak memerlukan memakai baju sejuk.

Di Disneyland, tiada makanan halal yang disediakan. Namun begitu terdapat gerai menjual makanan vegetarian India. Oleh itu, kami hanya makan roti canai cicah kuah kentang sahaja. Makan sekadar untuk mengalas perut sahaja. Nasib baik semasa sarapan, kami telah makan dengan kenyang sebelum keluar.

Kami berada di Disneyland sehingga malam untuk menunggu acara terakhir iaitu letupan bunga api. Selesai acara tersebut, kami terus bergegas pulang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Disneyland Resort Hong Kong, sila lawat laman web http://park.hongkongdisneyland.com/

Ikuti aktiviti kami di Hong Kong hari ke 3 dalam entry seterusnya:

Galeri gambar:
































EmoticonEmoticon