15 December 2010

Blog Review: Miera Hassan

i..Tuan Rumah.. 
"Budak ni nama dier Amira. Dia budak baik tp gedix sikit la. Semua orang kene kawan dengan dier tau. Suka sangat warne purple. Tp xtao knp blog dier banyak pink..hihi.Nak tau pasal dier, klik la gambar ni oke." Petikan profile dari blog Miera Hassan


Beliau merupakan pemilik blog Miera Hassan. Comel tak?


Pertama kali Sop singgah ke blog Miera Hassan, memang ia mempunyai tarikan sendiri. 1st impression (pandangan pertama) sangat penting dalam pemilihan template dan susunan. Oleh sebab itu, setiap kali ulasan, Sop selalu tekankan tentang pemilihan template dan susunan widget. Pemilihan warna yang sesuai dan juga susunan yang kemas menjadikan Sop selesa dengan blog beliau. Jika dilihat pada profile, beliau meminati warna purple tetapi kenapa blog pilih warna pink? Pada pendapat Sop kerana belia u tahu, ramai yang suka warna pink berbanding warna purple. Malah, warna mewakili identiti yang tertentu kepada blog.



Penulisan entry juga sangat sempoi. Sop suka cara penulisan beliau yang ringkas dan bersahaja. Ia membantu pembaca membaca dengan santai dan bersahaja. Ia sesuai untuk blog peribadi. Namun jika entry mengenai infomasi, bahasa standard adalah lebih sesuai.


Paling menarik juga, Miera menggunakan power save mode widget iaitu fungsi seperti komputer apabila dibiarkan beberapa minit. Jika ingin mendapatkan widget tersebut, sila berhubung dengan Miera yer!

Dari segi pemilihan domain, rasanya lebih sesuai diguna domain mierahassan.blogspot.com berbanding belogbudakmengada.blogspot.com kerana bukan sahaja lebih pendek tetapi sesuai dengan nama blog. (Hanya pendapat Sop sahaja)

Apa tunggu lagi, jom berkenalan dengan Miera dengan melawat blog beliau. Jangan lupa untuk menjadi follower beliau juga!

Jom terjah blog Miera Hassan!


EmoticonEmoticon