21 December 2010

Blog Review: LUGIEAMIR

Pernah singgah ke blog LUGIEAMIR?
Jika belum, jom berkenalan dengan blog LUGIEAMIR.

Blog LUGIEAMIR bukan sekadar blog biasa. Blog yang merangkumi pelbagai perkara. Lihat sahaja tagline blog iaitu "MAKAN-MAKAN, JALAN-JALAN, RESEPI, PETUA, APA-APA JE LAH.....©"

Apa-apa je lah?
Oleh sebab itu semua perkara penulis masukkan dalam entry!
Dalam masa 3 bulan, jumlah entry adalah 279! Begitu aktif pemilik blog mengeluarkan entry.

Siapa pemilik blog ini?
My Photo
LUGIEAMIR
Anything about food..masakan..minuman..JJCM..lepak makan makan ..& of coz resepi.. Mana ada ressepi yg berkenan ..tepek tampal siiinii utk ref..so credit to owner resepi2 yg tertepek siniyerk. NAK ORDER ? E-MAIL or PM kt FB ye..blasah lah!

Rumusan blog LUGIEAMIR:
Secara keseluruhan, blog LUGIEAMIR masih boleh dipertingkatkan dari segi susunan widget dan pemilihan widget. Widget yang kurang memberi kesan atau fungsi boleh dikurangkan. Ia boleh memberikan kesan memberatkan blog untuk loading. Kelajuan blog untuk loading sangat mempengaruhi SEO.

Penulis yang aktif mengeluarkan entry sangat baik. Jumlah entry sangat penting dalam sebuah blog. Namun begitu, Sop dapati penulis banyak mendapatkan entry melalui media-media seperti akhbar, youtube, lirik dan sebagainya. Aktiviti copy dan paste berita-berita yang panas dan menarik sangak membantu untuk menarik traffic tetapi perlu dibuat olahan sendiri. Ini kerana aktiviti copy dan paste ini ramai yang dilakukan dan ia memberi persaingan kepada blog. Ia memberi kelebihan kepada blog yang mesra SEO.

Selain itu, aktiviti copy dan paste ini menjadikan blog agak bercelaru terutama tidak disusun dengan baik. Blog akan kehilangan identiti dan menjadi kurang menarik. Penulis boleh memperbanyakkan penulisan dari hasil-hasil sendiri. Pada peringkat awal, mungkin kita akan kurang mahir dan idea tetapi jika dilakukan berterusan, ia mampu memberikan latihan dan pengalaman kepada penulis.

Selain itu, beberapa perkara lain mungkin boleh dipertimbangkan. Rakan-rakan boleh bantu?
Jom terjah ke blog LUGIEAMIR! Pastikan anda menjadi follower blog LUGIEAMIR.. :)

Sila support Geng Terjah juga:
Padin (penghulu) [Azman] [eiela] [penaberkala] [Comeybelako] [Neorul87] [cik tom] [hikayat marhaen kacak] [Cik Miera] [syak-kikilalah] [LiFeKaMi] [aretikz] [Mohd Shahrul Hafizi] [CekLa] [belalang] [iza82] [ellen] [Mata Hati]


EmoticonEmoticon