19 December 2010

Blog Review: Dunia Ila Alia

Mula-mula singgah, Sop tercari-cari juga mana header blog Dunia Ila Alia ini. Ingatkan letak di bawah atau tengah ker tetapi rupanya beliau sedang mengadakan peraduan untuk mencipta header beliau. Patutla masih belum ada header. Iks iks iks.. [senyum kambing]

Mengadakan peraduan untuk mendapatkan header adalah cara yang terbaik. Ini kerana pemilik blog boleh memilih header yang paling sesuai. Berbeza jika menggunakan khidmat bayaran yang hanya mendapat 1 atau 1 cadangan oleh pembina sahaja.

Hadiah yang ditawarkan adalah menarik, Sop pun rasa berminat hendak sertai tetapi tertakluk kepada kelapangan masa. Jika berminat, sila klik sini.

Maklumat pemilik blog Dunia Ila Alia adalah seperti berikut:
Foto Saya
iLa SaHaR
Kajang, Selangor, Malaysia
anak tunggal dari seorang ibu dan ayah. asal dari sabah tetapi dah menetap di selangor. agak pemalu, tapi manja.. minat dalam bidang perniagaan..

Rumusan blog Dunia Ila Alia:
Secara keseluruhan, blog Ila Alia berada dalam keadaan baik dari segi pemilihan template dan juga susunan widget. Namun begitu, warna tulisan entry mungkin boleh digelapkan kerana bagi pelawat yang rabun warna mungkin akan kurang jelas. Widget senarai blog rakan mungkin boleh dihadkan supaya tidak terlalu panjang. Boleh dibuat secara bergerak, atau berdasarkan blog update terkini akan tersenarai di atas.

Dari segi penulisan, Ila Alia menggunakan bahasa mudah dan sesuai untuk semua pembaca. Jika boleh, setiap entry disertakan gambar menjadikan entry lebih menarik.

Berdasarkan pemerhatian, Ila Alia mula aktif menulis sejak November tahun ini berbanding sebelum tersebut yang kurang membuat entry. Seperti review-review sebelum ini, ada Sop terangkan bahawa update entry adalah penting untuk sebuag blog.

Selain itu, Ila Alia mungkin boleh menambah 'widget relate entry' untuk mempromosi entry-entry lain kepada pembaca.

Berdasarkan Blog Grader, gred yang diberi adalah seperti berikut:
Blog Grade for ila-alia.blogspot.com
Untuk analisis penuh, sila lawat di sini.

Rakan-rakan, jom terjah blog Dunia Ila Alia sekarang!

Support Geng Terjah juga:
Padin (penghulu) [Azman] [eiela] [penaberkala] [Comeybelako] [Neorul87] [cik tom] [hikayat marhaen kacak] [Cik Miera] [syak-kikilalah] [LiFeKaMi] [aretikz] [Mohd Shahrul Hafizi] [CekLa] [belalang] [iza82] [ellen] [Mata Hati]


EmoticonEmoticon