02 December 2010

Blog Review: Blog Newbie

Salam 1 Malaysia rakan-rakan. Semoga terus ceria.. :)


Blog Review untuk hari ini ialah Blog Newbie. Pemiliknya seorang ahli Geng Terjah yang aktif memberi pandangan dan pendapat tentang blog lain dalam program ini. Kesempatan ini, Sop ingin mengucapkan terima kasih kepada Geng Terjah yang sentiasa menyokong program ini.

Kenapa memilih nama Blog Newbie?
Pemilihan nama sempena kehadiran beliau yang baru dalam dunia blogging. Tujuan membina blog ialah untuk berkongsi dengan pembaca blog beliau. Baca lagi di sini....

Siapa pemilik Blog Newbie?
Lebih dikenali dengan nickname 'eiela' atau nama penuh beliau Normazila Zainal. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut tentang eiela? Sila rujuk sini...

Apa yang menarik di Blog Newbie?
Terdapat banyak info yang beliau kongsikan dengan pembaca dan antaranya seperti berikut:

  • Info blog
  • Info Newbie
  • Info Santai
  • Info Semasa
  • Tips dan petua
Untuk senarai penuh, sila rujuk di sini...

Dari segi penampilan, Blog Newbie sangat kemas dan tersusun. Eiela bejaya menyusun blognya dengan baik. Pemilihan warna yang sesuai dan susunan widget yang teratur menjadikan blog ini kelihatan profesional. Sop suka juga dengan penggunaan script 'show and hide' yang banyak digunakan dalam blog ini. Ingin belajar? Sila bertanya kepada eiela, mungkin beliau boleh berkongsi.

Dari segi setting SEO, telah banyak beliau lakukan untuk memastikan berada di tahap yang terbaik. Tahniah diucapkan kepada eiela.

Rasanya Sop tidak perlu ulas lebih lanjut mengenai Blog Newbie kerana eiela telah mengikuti setiap review dan tahu apa yang akan Sop beri ulasan.

Kekurangan Blog Newbie hanya blog yang masih baru dan oleh itu entry adalah kurang. Peringkat awal, entry blog akan kurang dipaparkan pada hasil carian dari injin carian kerana entry masih tidak banyak di index. Entry blog akan di index secara berterusan apabila terdapat entry dan apabila banyak entry yang di index, lebih mesra SEO blog kita. Oleh itu, kekal aktif menulis dan terus menulis.

Jom terjah dan sokong Blog Newbie!


EmoticonEmoticon