17 December 2010

Blog Review: Blog Budak Separa Matang

Blog Budak Separa Matang??
Agak-agak sama dengan bayi separa matang tak? [gelak terguling-guling]

Apa agaknya sebab pemilik blog ini memilih nama ini?
a) Untuk nama yang unik
b) Salah pilih nama
c) Beliau adalah bayi pramatang
d) Beliau masih kanak-kanak
e) Semua jawapan di atas

Jawapan: ___

"Jangan marah yer Husna"

Apa sebenarnya blog Budak Separa Matang ini?
Blog peribadi yang dimiliki oleh Husna untuk berkongsi cerita dengan pembaca.

Menariknya di blog Budak Separa Matang ini ialah bahasa penulisan yang digunakan adalah tersendiri. Beliau menggunakan bahasa yang mudah dan bersahaja sahaja dalam penceritaan. Beliau juga menggunakan perkataan-perkataan yang dipendekkan seperti menulis mesej di telefon bimbit.

Ulasan blog Budak Separa Matang:
Blog yang baik tetapi masih boleh dipertingkatkan dari segi kekemasan dan susunan widget. Pemilihan warna yang sesuai dan selesa berada di blog beliau.

Sebelum ini, kelihatan pemilik blog kurang membuat update entry tetapi sekarang (sejak November tahun ini) mula aktif membuat post entry. Kekalkan update entry untuk memastikan pelawat sentiasa mendapat cerita-cerita yang terbaru.

Jom berkenalan dengan pemilik blog Budak Separa Matang:

My Photo
makcek bukan nenek
nampak je cm lembut tapi aku mmmg lembut . kahkah x pecaya tnya aku .
View my complete profile


Jom terjah blog Budak Separa Matang untuk mematangkan beliau! huhuhu


EmoticonEmoticon