20 December 2010

Azfar dan Azwar memiliki basikal

Setelah lama meminta untuk dibelikan basikal akhirnya semalam permintaan mereka ditunaikan. Ini yang terjadi apabila mempunyai anak yang umur dekat yang mana jika belia, perlu 2 sekali. Nasib baik tidak 3 atau 4!

Basikal tersebut telah dibeli di kedai basikal Taman Seri Rampai. Untuk basikal Azfar, harga selepas rundingan ialah RM 90 dan Azwar ialah RM 75. Harga yang berbeza kerana basikal Azfar bersaiz lebih besar.

Sebelum ini, pernah jenguk-jenguk di pasaraya Carefour tetapi harga lebih mahal dan kualiti juga turut kurang baik. Jika di kedai basikal, bukan sahaja lebih murah tetapi harga masih boleh dirunding.

Azfar telah mampu mengayuh basikal dengan baik berbanding Azwar.

Selepas ini, boleh bawa ronda-ronda mengayuh basikal di Tasik Titiwangsa atau padang permainan lain.


EmoticonEmoticon