20 November 2010

Sifat tanggungjawab - Sop tabik abis!

Kejadian ini berlaku semalam ketika Sop perjalanan mengambil isteri pulang kerja. Ketika itu, hujan serta angin sangat kuat. Kilat dan guruh berdetum-detum sehinggakan Azfar dan Azwar pun takut.

Dalam perjalanan ke Pusat Bandat Kuala Lumpur, beberapa lampu isyarat rosak mengakibatkan kesesakan yang teruk.

Semasa sampai di simpang empat Jalan Jelatek, Sop amat kagum dengan semangat seorang penjaga trafik yang sanggup berada dalam hujan lebat semata-mata menjaga kelancaran trafik. Bayangkan ketika itu hujan lebat dan angin yang kencang, beliau masih steady berada di tengah-tengah jalan tersebut. Sekiranya beliau tiada, pasti trafik di simpang tersebut sesak teruk.

Oleh itu, Sop ucap syabas kepada beliau dan tabik abis! 
Semoga kita dapat contohi sesuatu yang baik.





Beliau bukan anggota polis trafik tetapi Sop lihat setiap hari beliau bertugas menjaga simpang tersebut. Siapakah beliau?


EmoticonEmoticon