10 November 2010

Perjalanan ke Tanjung Kling, Melaka

Pada petang semalam Sop dan rakan bertolak ke Melaka menggunakan "kuda" untuk menghadiri kursus. Perjalanan bermula jam 3 dari Kuala Lumpur. Untuk makluman, ini adalah kali pertama Sop memandu motor agak jauh. Sebelum ini hanya sekitar Kuala Lumpur (pergi balik kerja), Putrajaya, Shah Alam dan Puchong.

Semasa perjalanan, beberapa tempat hujan dan paling lebat di kawasan Seremban. Perjalanan diteruskan menyebabkan sedikit basah pada baju. Selepas kawasan Perdas, hujan kembali reda.

Selepas hampir sejam memandu, kami singgah di Hentian Rehat Jejantas Air Keroh untuk minum. Perjalanan diteruskan selepas minum dan berehat seketika.

Kami tiba di Hotel Shah's Beach Resort dengan selamat. Ikuti entry mengenai Shah's Beach Resort dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:







EmoticonEmoticon