07 November 2010

Meluahkan emosi melalui penulisan blog

Setiap penulisan mempunyai cara dan gaya yang tersendiri untuk menarik perhatian pembaca. Penulis akan berusaha untuk membuat yang terbaik setiap penulisannya bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi juga pembaca.

Salah satu cara menjadikan penulisan menarik ialah dengan menyampaikan emosi. Blog peribadi sering menjadi tumpuan menyampaikan emosi dalam penulisan kerana ia melibatkan perasaan penulis itu sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menyampaikan emosi tersebut:

  1. Ayat - Menerangkan secara langsung emosi ketika tersebut dalam penulisan. Contoh: Ketika menulis entry ini, Sop masih terpikir-pikir adakah penulisan ini yang terbaik?
  2. Gambar - Gambar mampu memberi gambaran yang sejelasnya. Anda boleh merakamkan emosi ketika itu atau mendapatkan daripada carian Google Image. 
  3. Label - Menggunakan label tertentu untuk menyampaikan emosi anda. Label ini bebas mengikut citarasa tetapi perlu pastikan ia sampai kepada pembaca. Contoh: Agaknya perlukah Sop membuat entry ini [confuse]? 
Sebenarnya Sop biasa hanya menggunakan cara yang pertama sahaja iaitu menggunakan penerangan ayat [sengih]. Adalah menarik untuk memasukkan pelbagai cara untuk menyampaikan emosi dalam penulisan blog.

Ada cara lain yang anda ingin kongsikan?


EmoticonEmoticon