19 November 2010

Blog Review: Teratak Kasih Zie Fauzi

Pada mula merangka program Blog Review 1 Hari 1 Blog, Sop menyangkakan ramai bloggers yang baru ceburi dunia blog akan sertainya. Tetapi sangkaan Sop silap kerana bloggers yang cukup dikenali dan ramai pelawat turut support program ini. Terima kasih diucapkan kepada semua. Sekurang-kurangnya sambil membuat review, Sop boleh belajar dan jadikan panduan.

blog Teratak Kasih Zie Fauzi

Blog Teratak Kasih Zie Fauzi yang bertemakan warna merah jambu ini sangat menarik untuk dilawati. Tambahan pula dengan penggunaan header yang baru ditempah menjadikan blog ini lebih menarik. Pelawat akan rasa selesa sepanjang berada di blog ini kerana pemilihan tema blog yang sangat sesuai. Warna yang lembut, tulisan yang jelas dan susunan widget yang kemas.

Kenapa anda perlu melawat blog Teratak Kasih Zie Fauzi?
Terdapat banyak entry menarik yang perlu anda banca di blog ini. Antara bahagian yang paling menarik ialah Kisah Alya, Petua/Tips dan Tutorial.
Alya, puteri kesayangan mereka
Sop suka sangat membaca entry mengenai diari Alya. Terdapat banyak cerita-cerita menarik tentang Alya untuk dikongsi bersama pembaca. Diari seperti ini bukan sahaja untuk dipaparkan kepada pelawat tetapi sebagai simpanan peribadi juga. Mungkin suatu hari nanti, entry-entry ini boleh dibaca kembali dan didedahkan kepada anak-anak.

Berdasarkan semakan dari website grader, beberapa perkara masih boleh diperbaiki untuk memastikan blog mesra SEO sepenuhnya. Antaranya adalah seperti berikut:
  • Domain - guna domain sendiri
  • Meta Description - belum dimasukkan
  • Google index pages - 551 (lebih banyak, lebih baik)
Maklumat penuh mengenai laporan tersebut, sila rujuk di sini.

Secara keseluruhan, blog Teratak Kasih Zie Fauzi berada diperingkat yang baik. Teruskan menulis untuk berkongsi dan bercerita.
Tahniah daripada Sop dan juga Geng Terjah.

Kepada yang belum pernah ziarah blog Teratak Kasih Zie Fauzi, jom terjah sekarang!


EmoticonEmoticon