16 November 2010

Blog Review: Suratan Kebetolan


Pertama kali singgah ke blog Suratan Kebetolan, Sop rasa pernah lihat sahaja tetapi dimana ya.. [garu kepala]

Rupanya template ini telah dipakai oleh Zaer sebelum ini dan sekarang beliau berkongsi template ini dengan blogger lain [senyum].
nazirul hazwan

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut blog Suratan Kebetolan, sila berkenalan dahulu dengan pemilik blog ini. Seorang yang segak bergaya dan masih lagi meneruskan pengajian dalam bidang Kejuteraan Mekanikal. Maklumat lanjut, sila lawat di sini.

Blog Suratan Kebetolan yang bermula sejak Julai 2010 telah berkongsi pelbagai infomasi dan maklumat dengan pelawat blog beliau. Naz lebih banyak menulis tentang perkongsian maklumat dan biasanya diambil dari pelbagai sumber.

Walaupun baru berusia beberapa bulan, follower blog ini mencecah 1136 orang (termasuk Sop). Tahniah diucapkan kerana berjaya mencapai jumlah yang amat baik tersebut. Sesetengah bloggers, jumlah follower dianggap penting kerana menunjukkan blog diminati ramai. Namun begitu, terdapat juga bloggers yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Bagi Sop, sesuatu perkara perlu dilihat secara positif dan hasilnya turun positif.

Dari segi design, Sop merasakan kekurangan apabila header tidak disertakan. Oleh itu, identiti blog tidak dapat dipaparkan dan diperkenalkan kepada pelawat. Sop dapat tahu nama blog ini melalui tajuk pada pelayar internet. Walapun ingin ketengahkan iklan Nuffnang di header, pengenalan blog juga adalah penting. Mungkin boleh menggunakan header kecil sahaja. Template yang minimum dan ringkas menjadikan blog load dengan pantas.

Traffic blog Suratan Kebetolan juga adalah baik. Setakat hari ini, traffic ranking Alexa adalah bawah 400k. Site linking masih 1 menjadikan Page Ranking masih 0. Penambahan site linking boleh dilakukan melalui sertai blog directory, top site, link exchange dan sebagainya.

Kepada yang belum terjah, jom lawat segera blog Suratan Kebetolan untuk maklumat lanjut.

Nota kaki: Geng Terjah, sila tambah mana yang kurang. Terima kasih :)


EmoticonEmoticon