18 November 2010

Blog Review: Suara Bawah Tanah


Sop memohon maaf kerana semalam (17 Nov 10), tiada Blog Review dibuat kerana Sop kurang sihat. Malam tadi terpaksa tidur awal selepas mengambil ubat untuk memastikan kesihatan hari ini bertambah baik. Alhamdulillah, hari ini Sop mampu membantu aktiviti korban di surau.

Kembali kepada entry Blog Review.
Pernah terjah ke blog Suara Bawah Tanah (SBT)?
Jika pernah, anda pasti tahu apa itu blog SBT.

Pada pendapat Sop, kebanyakkan blogger telah mengenali blog SBT ini kerana pemilik blog ini yang dikenali sebagai 'belalang' adalah seorang yang aktif dalam dunia blogging. Malah, peraduan pertama beliau telah disertai oleh ramai bloggers. Ingin sertai peraduan SBT? Sila rujuk di sini.

Blog SBT yang bermula sejak Julai 2009 mempunyai traffic yang mantap. Sehingga kini, Alexa Traffic Rank ialah ke 263,708 dan Traffic Rank di Malaysia ialah ke 849. Jumlah follower sehingga hari ini ialah 600 orang. Tahniah diucapkan kepada Belalang.


Namun begitu, tiada data bagi "Sites Linking In". Belalang boleh usahakan untuk tingkatkan "Sites Linking In" dengan menyertai blog directory, blog list, top blog dan sebagainya. Kekurangan "Sites Linking In" akan menjadikan Page Rank blog menjadi rendah.

Design yang dipilih adalah sesuai dengan tajuk blog dan susunan adalah kemas. Namun, background yang memamparkan muka orang dari tanah mungkin boleh menakutkan sesetengah orang. Jika ini berlaku, agak merugikan jika ada pelawat yang takut dengan gambar tersebut yang mana mungkin pelawat tersebut tidak akan membaca entry blog. Mungkin belalang boleh memasukkan penerangan di ruangan Selamat Datang mengenai blog SBT. Pada pendapat Sop, blog SBT bukanlah blog mengenai sesuatu yang seram atau berkaitan dengan dunia misteri. (Betul ker?)

Bagi header pula, blog SBT masih boleh perbaiki lagi supaya lebih menarik. Saiz juga boleh diperlebarkan sama dengan saiz blog. Belalang mungkin boleh menggunakan header flash kerana selain menarik (animasi), saiz fail flash juga lebih kecil.

Dari segi nama blog, belalang sedang bersaing dengan blogger Indonesia yang menggunakan nama dan domain yang sama.


Manakala dari segi entry, belalang menggunakan ayat sendiri dalam penulisan. Ayat yang mudah dan menarik menjadikan pembaca terus membaca entry blog SBT.

Kepada yang belum pernah singgah, jom terjah blog SBT sekarang!


EmoticonEmoticon