14 November 2010

Blog Review: I'M TALKING ABOUT


Blog I'M TALKING ABOUT dimiliki oleh saudara Adib yang berasal dari Perak ini mula dibangunkan sejak Oktober 2009. Walapun telah lama (lebih setahun), saudara Abid nampaknya kurang aktif dalam dunia blogging ini. Jumlah keseluruhan entry setakat ini ialah 58 entry. Bulan Oktober tahun ini paling banyak entry dari Adib iaitu 18 entry.

Cadangan Sop untuk blog Abid ialah pastikan blog sentiasa diupdate. Sebaiknya setiap hari tetapi jika kengkangan masa, mungkin 1 entry untuk 1 minggu. Keperluan update entry ialah supaya pelawat sentiasa kekal hadir melawat. Apabila lebih banyak entry, lebih banyak maklumat dan perkaran menarik yang dapat dikongsi dengan pembaca.

Memasukkan shoutbox dapat membantu para BW dapat meninggalkan jejak. Terdapat blogger yang tidak suka tinggalkan komen. Kadangkala, sistem komen Disqus sangat bermasalah apabila internet perlahan.

Membuat susunan widget (sidebar) dengan meletakkan yang utama di bahagian atas. Adib boleh memasukkan entry terkini, entry berkaitan (related post), top entry dan sebagainya mengikut keperluan.

Template yang digunapakai adalah baik iaiatu ringkas dan bersih. Ia mampu menjadikan blog load dengan pantas.

Semoga Adib dapat membuat penambahbaikkan peringkat ke peringkat sehingga peringkat yang terbaik. Jika berpeluang, lakukan BW dan menjadi follower blog lain. Dengan cara tersebut dapat mempromosi blog, menarik traffic dan mendapat follower.

Apa pula pendapat anda? Jom terjah di blog I'M TALKING ABOUT!

Geng Terjah, sila bagi pandangan: agak-agak kejam tak review Sop ini?


EmoticonEmoticon