21 November 2010

Blog Review: HatiKu Hati Getah

Sekiranya singgah ke blog HatiKu Hati Getah, anda akan disambut dengan penuh senyuman oleh pemilik blog ini iaitu Cik Liyana.

Apa itu blog HatiKu Hati Getah?
Blog ini adalah belog peribadi, hiburan kadang-kadang bagi jugak tip untuk belog atau tip sihat. Anda boleh kutuk tapi TOLONG jangan copy GAMBAR DAN ENTRY belog ini tanpa kebenaran. Sekiranya didapati bersalah anda boleh dilastik. TERIMA KASIH
Oleh itu, jika anda 'right click' pada blog ini, pasti mendapat mesej "PADAN MUKA KENA LASTIK". huhuhu..

Berdasarkan entry penyertaan Cik Liyana blog review [rujuk sini], beliau meminta pandangan untuk mencantikkan dan tambah info untuk blog beliau.

Beberapa pandangan Sop mengenai blog HatiKu Hati Getah untuk mencantikkan blog iaitu:

  1. Header yang agak besar menjadikan entry jauh ke bawah
  2. Link Exchange berada di atas kurang sesuai jika link semakin banyak. Ruang entry juga akan jauh ke bawah. Mungkin boleh guna text area untuk memastikan saiz widget tidak membesar.
  3. Tiada pembahagi antara entry.
  4. Entry agak tengelam
  5. Warna tulisan dengan warna latar kurang sesuai
  6. Widget kiri tidak seimbang menyebabkan jauh ke bawah
  7. Shoutbox agak terlindung
Rumusannya, template yang Cik Liyana guna kurang sesuai. Oleh itu, Sop cadangkan Cik Liyana memilih template yang lebih baik. 

Oleh kerana Cik Liyana suka warna pink, Sop cadangkan guna template di bawah kerana kemas, ceria dan sesuai dengan nama blog Hatiku Hati Getah. Bayangkan gambar kartun itu ditukar dengan gambar header blog sekarang, menarik tak? {Contoh sahaja}

Demo   Download

Pastikan susunan item dalam template mengikut keutaman. Contoh entry perlu menjadi perkara utama. Widget yang boleh memberi maklumat tentang blog kita perlu diutamakan juga seperti entry terkini, relate post, label dan sebagainya. Guna 'hide widget' seperti blog Padin menjadikan blog sangat kemas.

Dari segi kontent, mungkin Geng Terjah dan rakan lain boleh bantu memberi pandangan. Mereka sangat supportive dalam memberi pendapat dan sokongan.

Blog HatiKu Hati Getah mempunyai potensi untuk berjaya dan pemilihan nama sangat menarik. Teruskan aktif menulis dan promosi blog kepada rakan-rakan.

Mohon maaf Cik Liyana jika Sop banyak review perkara negatif. Semoga menerima dengan positif yer. [senyum]

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog HatiKu Hati Getah!


EmoticonEmoticon