28 November 2010

Blog Review: Dunia Kecilku Yang Hijau

Blog Dunia Kecilku Yang Hijau dimiliki oleh Nour Eyza merupakan peminat warna hijau. Kegilaan beliau pada warna hijau teserlah apabila tidak suka pada bunga kerana bungan tiada warna hijau! [profile] Sop percaya, Nour Eyza pasti suka dengan Hulk sebab ia berwarna hijau.. huhuhu

Berdasarkan entry penyertaan dalam program Blog Review ini, Nour Eyza berharap dapat mendapat ramai kawan dan follower. Ini kerana setelah hampir setahun berblogging, jumlah follower beliau masih kurang dari 100 orang.

Tips untuk mendapat ramai follower dan kawan
Mendapat kawan dan follower mungkin sama dengan mendapat traffic. Namun begitu, mendapat follower ramai tidak semestinya mendapat traffic yang banyak. Tips berikut mungkin boleh membantu menambah follower dan rakan:

  • Follow blog - apabila kita follow blog lain, pemilik blog biasanya akan membalas dengan follow kembali. Tinggalkan mesej yang kita telah follow blog tersebut. Namun begitu, pastikan dengan cara sopan yang mana tidak menunjukkan kita follow beliau untuk pastikan follow kita kembali. Terdapat blogger yang tidak suka mesej-mesej seperti mendesak follow kembali.
  • Buat program - bina program yang sesuai dan meletakkan syarat memerlukan peserta follow blog kita. Biasa yang dilakukan oleh blogger ialah peraduan dan cabutan bertuah.
  • Menyertai komuniti/geng - apabila kita menyokong kumpulan atau geng, secara tidak langsung ahli kumpulan tersebut turut menyokong kita.
  • Entry blog - antara yang terpenting untuk memastikan tercapai hasrat mendapat ramai follower. Biasanya blogger akan follow blog menarik, hebat, mempunyai banyak maklumat, selalu dikemaskini dan sebagainya. Oleh itu, pastikan entry dan blog sentiasa mantap dan berkongsi maklumat yang menarik.
  • Mesra - blogger mesti ramah dan mesra dengan semua blogger terutama pelawat blog. Sifat tersebut boleh dipaparkan melalui entry (memberi kata-kata alu-aluan), membalas komen, membalas jejak dan lain-lain. Blog yang kemas, ringan dan menarik juga menunjukkan kita mesra pelawat.
Pandangan Sop mengenai blog Dunia Kecilku Yang Hijau ialah seperti berikut:
  • Masih boleh dimantapkan dari segi entry dengan memasukkan gambar-gambar
  • Template boleh diperkemaskan lagi dengan membuat susunan widget. Memasukkan widget yang membantu memudahkan pelawat mendapatkan maklumat. Pemilihan warna dan background template dan widget boleh diperbaiki sepaya lebih jelas.
  • Membuat promosi kepada rakan-rakan
  • Header blog tidak menonjol
Kepada rakan-rakan, jom terjah dan realisasikan impian Nour Eyza dengan menambah jumlah follower blog beliau. Mungkin ia dapat membantu semangat Nour Eyza untuk terus kekal aktif dalam dunia blog.

Jom terjah sekarang! Terima kasih atas sokongan anda!


EmoticonEmoticon