26 November 2010

Blog Review: Dunia Hidupku.. P@kcikLie



Apa itu blog "..dunia hidupku.." P@kcikLie?
Sebuah halaman yang diilhamkan untuk meriwayatkan segala apa yang perlu dalam dunia sementara bersama keluarga tersayang khususnya dan teman-teman villakejora amnya.


Siapa P@kcikLie?
Foto Saya
p@kcikLie
Banting, Selangor, Malaysia
Salam Tuan/Puan/Cik/Dato/Datuk/Datin.. Merasakan diri ini sudah selayaknya menggunakan nama P@kcikLie maka itulah hakikatnya. Lain-lain panggilan juga diterima jika ia selesa dgn anda ..Anak jati Perak (Utara), Sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata...sibuk bekerja namun menyempatkan masa yang sedikit untuk bersama-sama memeriahkan warga blog, selainnya suka hati ikut rasa , yang tersirat itu yang tersurat. ..Mohon sudah singgah baca-baca jangan pula segan-segan tinggalkan komen.
Apa yang menarik di blog "..dunia hidupku.." P@kcikLie?
Blog bertemakan hitam putih ini sangat simple dan ringkas. Kebanyakkan blogger amat mementingkan ringkas dan padat supaya blog load dengan pantas. Kepantasan blog juga mempengaruhi SEO. Walaupun ringkas, blog juga perlu menarik dan kemas.
Dari segi template blog "..dunia hidupku.." P@kcikLie, tiada sebarang masalah. Namun masih boleh diperkemaskan dari segi susunan widget seperti senarai entry mungkin boleh diletakkan atas berbanding berada di senarai bawah. Senarai bloglist boleh berada di bawah. Shoutbox boleh diperbesarkan supaya seimbang dengan saiz sidebar. Pemilihan template shoutbox sesuai dengan template juga boleh dilakukan.
Widget footer kelihatan agak kosong. Mungkin boleh seimbangkan dengan menurunkan widget sidebar ke footer.
Entry blog "..dunia hidupku.." P@kcikLie sememangnya sempoi. Rasanya Sop tidak perlu membuat ulasan mengenainya kerana ia mempunyai keunikkan dan cara yang tersendiri. Penulisan yang mudah ringkas menjadikan pembaca lebih santai dan selesa. Tahniah diucapkan kepada P@kcikLie.
Antara ruangan menarik untuk dilawati ialah keluargaku, aktiviti dan hobi.
Kepada yang pernah lawat blog "..dunia hidupku.." P@kcikLie, selalu-selalu lawat. Jika belum, jom terjah blog "..dunia hidupku.." P@kcikLie sekarang!


EmoticonEmoticon