25 October 2010

Uji paparan blog anda melalui iPhone

Bagi pemilik blog yang tidak memiliki iPhone, mungkin ingin tahu bagaimana blog anda kelihatan dalam telefon bimbit iPhone, bukan?
Jika Ya, anda boleh menggunakan iPhone Simulator dari webTestiPhone.com untuk mencuba.

Sebenarnya Sop cuba mencari script atau hack yang boleh memamparkan blog secara minimum apabila dilayari menggunakan hanphone bagi blogspot tetapi tidak dijumpai. Berbeza dengan Wordpress yang mana terdapat plugin khas untuk telefon bimbit atau iPhone. Fungsinya apabila pelawat melawat blog melayari guna telefon bimbit, boleh menggunakan link khas atau pengesanan secara automatik. Dengan ini, blog menjadi ringkas dan lebih ringan untuk dilawati melalui telefon bimbit. Ia juga dikenali dengan 'mesra telefon bimbit".

Maklumat lanjut mengenai plugin untuk Wordpress, sila rujukdi sini.

Bagi pengguna blogspot, masih belum ada script, hack atau web yang boleh berfungsi sepenuhnya seperti plugin tersebut. Sop ada mencuba beberapa script tetapi masih tidak memuaskan. Contoh yang Sop telah guna ialah www.mobify.me.

Untuk melihat perbincangan khusus mengenai perkara ini, sila rujuk Blogger Help Forum di sini.

Sekarang ini, penggunaan telefon bimbit untuk melayari internet telah berkembang. Ia sangat mudah dan cepat kerana telefon bimbit sentiasa di bawa ke mana-mana. Perkhidmatan WiFi juga telah meluas serta mobile internet juga lebih murah.


Apa salahnya kita bersedia? 


EmoticonEmoticon