22 October 2010

Perkembangan teknologi yang sangat pantas

Sop belum lagi dapat merasa iPad keluaran Apple, dah keluar komputer riba baru lagi?
Begitulah teknologi sekarang ini. Perkembangan yang terlalu pantas sehingga tidak semua dapat mengejarnya. Jika anda mampu mengejar pun, banyak kos yang perlu dilaburkan.

Teknologi yang paling pantas berkembang adalah komputer dan telefon bimbit. Rasanya masing-masing dapat merasakan perubahan teknologi ini dari masa ke semasa. Persaingan antara pengeluar menjadikan masing-masing berusaha mengeluarkan teknologi yang terbaru.

Adakah perlu kita mengikuti perkembangan teknologi?
Bagi Sop, adalah perlu sentiasa update tetapi tidak boleh telalu mengejar setiap yang terbaru (kecuali mampu). Namun begitu jika telalu ketinggalan, perlu juga di update kepada yang terkini tetapi mengikut keperluan.

Apa pendapat anda pula?

Entry ini adalah berkaitan dengan Komputer riba Apple paling nipis yang diumumkan oleh Apple Inc dipetik dari berita Kosmo! berikut:

CUPERTINO, California - Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.
Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.
Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.
Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: "Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya."
iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.
Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).
Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.
Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.
Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.
Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. - Agensi
Nota kaki: Mengacam juga MacBook nih! Tetapi masih sayang dengan laptop sekarang yer.. :)


EmoticonEmoticon