14 October 2010

Penggunaan short URL di shoutbox

Dikala ini, dapati ramai yang mula menggunakan short URL untuk diletakkan di shoutbox. Sebelum ini, Sop pernah membuat entry tentang short URL oleh Google (klik sini). Tujuan penggunaan short URL tersebut tidak pula pasti kenapa. Sedangkan ada yang telah menggunakan domain .com pun masih menggunakan short url.

Kebiasaan yang menggunakan short URL ini untuk menyorok URL tersebut kerana melibatkan iklan, affiliate, MLM dan sebagainya.

Kenapa anda tidak perlu menggunakan short URL?
  • Melambatkan loading blog atau web - short URL bertindak sebagai link forward. Ia melambatkan load page apabila dari short URL dipindahkan kepada URL sebenar. Lebih malang jika penyedia short URL tersebut sangat perlahan.
  • Tiada klik link anda - Oleh kerana ramai yang mengambil kesempatan dari short URL ini, ramai pelawat blog/web yang tidak percaya dengan short URL. Masing-masing agak ragu-ragu sama ada link tersebut link sebenar atau SPAM.
  • Promosi - Adalah merugikan jika tidak mempromosikan link sebenar. Link sebenar yang dipilih lebih unik berbanding link short URL yang biasanya diberikan secara random dan sukar untuk diingati. Dengan memamparkan link sebenar juga, pelawat atau pengunjung lebih mengingati link blog anda.
Namun begitu, penggunaan short URL juga boleh memberi kemudahan jika link terlalu panjang. Sebaiknya guna perkhidmatan short URL yang terbaik dan laju.

Apa pendapat anda pula? 


EmoticonEmoticon