Open house di akhir Aidilfitri oleh Persatuan Penduduk
Selagi ada Syawal, selama itu juga sambutan Aidilfitri masih diadakan. Perancangan biasa telah lama dibuat dan pemilihan biasanya berdasarkan kepadatan jadual open house yang diadakan.
Kali ini adalah giliran Persatuan Penduduk Setapak Jaya 1B pula menganjurkan sambutan Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Serbaguna Setapak Jaya. Makanan utama seperti nasi beriyani telah ditaja oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Manakala makanan ringan lain seperti mee hoon, lemang, mee sup, cendol, kuih muih telah disediakan oleh Persatuan Penduduk.
Konsep gotong royong telah lama dilakukan oleh penduduk kawasan Setapak Jaya 1B ini. Hasil kerjasama semua penduduk memastikan setiap aktiviti yang dirancang berjalan lancar.
Hampir kesemua penduduk di Setapak Jaya 1B hadir untuk majlis sambutan Aidilfitri kali ini. Penduduk yang terdiri dari bangsa lain turun sama memeriahkan majlis.
Majlis Aidilfitri ini juga menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon