10 October 2010

Makan-makan bersama keluarga

Semalam kami agak sibuk sedikit kerana menyediakan majlis makan tertutup..huhuhu
Kenapa tertutup?
Jika open house, perlu menjemput semua rakan-rakan dan jiran tetapi kali ini hanya memanggil adik-beradik sahaja. Ia juga sempena ulang tahun kelahiran bapa mertua pada bulan Oktober.

Makanan yang disediakan juga simple sahaja iaitu spageti dan makanan stim. Ia mudah dan cepat! Selain itu beberapa makanan sampingan lain turut disediakan.

Aktiviti makan bermula jam 5.00 petang selepas semua telah ada. Ia diadakan waktu petang kerana masing-masing mempunyai banyak jemputan kenduri dan open house pada hari tersebut.

Semoga dengan aktiviti kekeluargaan ini dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

Galeri gambar:










EmoticonEmoticon