02 October 2010

Jalan-jalan ke HOMEDEC 2010, Kuala Lumpur Convention Centre

HOMEDEC 2010 yang berlangsung pada 30 September hingga 3 Oktober 2010 berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Sebelum ini telah bermula peringkat pertama di Kuala Lumpur Convention Centre 23 - 26 September 2010. Pada peringkat pertama tidak berkesempatan untuk melawat.

Kami ke HOMEDEC 2010 petang tadi selepas selesai sesi rumah terbuka Aidilfitri di Setiwangasa. Keadaan jalan raya sekitar Kuala Lumpur sangat sesak. Kami terpaksa berpusing beberapa kali untuk mencari jalan yang tidak sesak. Namun apabila tiba di pusat bandar, jalan bergerak lancar.

Di pameran HOMEDEC 2010, kami sempat mengujungi tapak secara random. Ruang pameran yang luas HOMEDEC 2010 tersebut tidak mampu dilawati oleh semua oleh kami. Hanya singgah ke bahagian-bahagian yang menarik perhatian kami seperti elektronik, kanak-kanak, ruang tamu, bilik tidur dan hiasan dalaman.

Adalah menyeronokkan apabila melihat terdapat pelawat yang sempat mencuba perabot seperti sofa, katil, dan sebagainya.

Terdapat harga promosi yang ditawarkan oleh produk-produk tertentu.

Kami hanya sekadar melawat dan tidak membeli sebarang barangan. Tujuan melawat ialah untuk melihat dan mendapat idea untuk rumah baru kami. Rumah tersebut siap dijangka tahun hadapan, oleh itu tiada persiapan perlu dibuat lagi. Mungkin tunggu HOMEDEC 2011?

Kepada yang belum lagi ke HOMEDEC 2010, boleh lagi ke pameran tersebut esok. Bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur, siri pameran HOMEDEC juga akan berlangsung di tempat-tempat lain nanti.

Galeri gambar #1:
[galeri gambar #2 dalam entry seterusnya]


















EmoticonEmoticon