03 October 2010

Hasil sand art Azfar dan Azwar di Carefour Wangsa Maju

Ini adalah kali kedua Azfar dan Azwar membuat sand art. Kali pertama lama dahulu di Jaya Jusco Setiawangsa. Kali ini Azfar dan Azwar diberi kepercayaan sepenuhnya untuk membuat sendiri sand art tersebut. Kali kedua membuat sand art adalah lebih baik berbanding kali pertama. Mereka tidak perlu diberi bantuan lagi. Semua bergantung kepada kemahiran dan kreativiti masing-masing.

Hasilnya turut memuaskan walaupun tidak begitu sempurna. Apa yang penting, hasil dari kerja seni tersebut memberi beberapa kemahiran secara langsung dan tidak langsung. Selepas hasil pertama siap, Azfar menangis ingin membuat lagi. Mungkin beliau semakin seronok dengan membuat sand art tersebut.

Akhirnya, 3 sand art dapat diselesaikan. Hasil yang ketiga diberi bantuan untuk mempercepatkan proses menyiapkan. Jika tidak, mesti memakan masa...huhuh

Galeri gambar:













EmoticonEmoticon