09 October 2010

Google Chrome menjadi perlahan

Dalam beberapa hari ini, Sop mendapati Google Chrome bermasalah sedikit iaitu menjadi lambat untuk load berbeza dengan sebelum ini. Kadang-kadang Shoutbox tidak keluar, komen tidak keluar (Disqus, Instandebate), upload gambar ke blog tidak berjaya dan page tidak keluar. Sedangkan limit broadband Sop telah reset bila masuk bulan baru.

Beberapa setting telah dibuat seperti clear cookies, install software melajukan internet dan sebagainya. Tetapi masih tidak berjaya!

Aktiviti blogwalking selalu terjejas kerana masalah buka blog, tinggalkan jejak dan juga komen. Oleh itu, sekarang Sop menggunakan Internet Explore (IE) terlebih dahulu. Prestasi IE lebih baik berbanding Chrome sedangkan sebelum adalah sebaliknya.

Adakah anda juga mengalami masalah yang sama?
Apa punca terjadi perkara ini?


EmoticonEmoticon