19 October 2010

Berada di Hotel Naza Talyya Johor

Ini adalah pertama kali Sop berada di Hotel Naza Talyya, Johor Bahru. Perjalanan untuk mencari hotel ini agak sukar kerana kami tidak mempunyai alamat lengkap. Berdasarkan peta dari Google, ia terletak di Tanjung Puteri dan berhampiran dengan Blue Wave Hotel serta pejabat Kastam Malaysia.

Setelah beberapa kali berpusing dan tiada idea hendak kemana, terpaksa memohon bantuan rakan dari Johor Bahru. Setelah penerangan diberikan, baru jelas hala tujuan dan akhirnya kami tiba selamat di Hotel Naza Talyya. Kepada yang cuba mencari hotel ini, ia terletak di Stulang Laut.

Hotel ini agak cantik dari segi hiasan ruang lobi dan juga bilik. Ruang bilik juga agak selesa dan luas. Namun begitu, ruang parking adalah terhad. Sop terpaksa parking diluar bangunan di sebalah hotel.

Ruang makan juga selesa dan makanan yang disediakan juga memuaskan. Contohnya makan malam tadi disediakan beberapa jenis lauk untuk nasi, sayur-sayuran, kuih muih dan buah tembikai potong.

WiFi disediakan secara berbayar. Kos WiFi tidak dipastikan kerana Sop menggunakan broadband DiGi yang mempunyai liputan 3G di sini.

Antara kemudahanan lain di hotel ini ialah kolam renang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nazahotels.com/

Galeri gambar:















EmoticonEmoticon