30 September 2010

Tips tangani hujan di pagi hari bekerja

Hujan adalah rahmat kurnian Tuhan. Hadirnya membawa seribu rahmat. Ulasan ini bukan untuk mengeluh tetapi sekadar berkongsi. Harap dapat diterima sekara positif.

Apabila hujan diwaktu pagi, pasti berlaku kesesakan yang teruk. Ini kerana perjalanan akan menjadi perlahan dan ramai penunggang terpaksa menggunakan kereta untuk mengelak basah kuyup. Oleh kerana masing-masing mengejar waktu masuk pejabat, suasana agak kelam kabut. Di bawah jambatan dan hentian bas, kelihatan ramai penunggang motosikal terpaksa berteduh menanti hujan reda.

Tips berikut mungkin boleh membantu menangani masalah hujan di waktu pagi hari bekerja. Jika hari cuti, tentu seronok sambung tidur [huhuhuh]:

  • Membaca ramalan kaji cuaca - boleh membantu membuat persediaan awal seperti kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan"
  • Mendengar laporan dan berita dari radio - dikala ini banyak siaran radio membuat laporan terkini mengenai keadaan trafik di bandar-bandar utama. Maklumat ini sangat membantu pendengar untuk bersedia dari segi cuaca dan kesesakan.
  • Keluar lebih awal - sekiranya hujan dari awal pagi atau mendapat maklumat tentang kesesakan lalulintas kerana hujan atau sebagainya, pastikan keluar ke pejabat lebih awal. Ini dapat membantu memastikan anda kekal sampai awal atau tepat pada waktunya.
  • Menyediakan baju hujan - adalah penting bagi penunggang sentiasa bersedia dengan baju hujan bersama. Ada ketikanya di satu tempat tidak hujan tetapi dalam perjalanan akhirnya hujan lebat. Baju hujan boleh disimpan dalam beg atau kotak motosikal.
  • Menggunakan laluan alternatif - sekiranya laluan biasa sesak, mungkin boleh menggunakan jalan altenatif yang mungkin sedikit jauh atau memerlukan tetapi bergerak lancar. Jika di Kuala Lumpur, banyak lebuh raya yang sangat membantu seperti AKLEH, DUKE, Terowong Smart dan lain-lain. Bersedia dengan Smart Tag atau Tag & Go untuk perjalanan lebih lancar.
Bagaimana pula agaknya ketika hujan di kawasan luar bandar?


EmoticonEmoticon