07 September 2010

Tips membentuk identiti blog anda

Identiti adalah penting untuk menjadikan blog kita mudah dikenali dan diingati. Contoh blog Redmummy, identiti blog beliau warna merah, Denaihati, hidup untuk memberi! dan lain-lain lagi.

Kenapa perlu identiti?
Identiti merupakan nilai yang melambangkan blog anda untuk diingati atau dikenali. Ia membantu blog anda dikenali atau diingati.

Antara tips membentuk identiti blog anda adalah seperti berikut:

  • Nama blog / nama domain - adalah yang terpenting kerana keunikkan, mudah dan ringkas menjadikan ia mudah diingat. 
  • Template - Menggunakan template yang khusus untuk melambangkan identiti anda. Sentiasa berlatar belakang warna hitam atau gambar yang tersendiri
  • Menggunakan nickname - menggunakan ganti nama yang menarik. Contoh blog Adlin Shauki - menggunakan gantian nama kodok untuk pembaca dan beliau sebagai Chif Kodok, blog gnesop.com menggunakan nama pendek "Sop" atau Blog 4 Tingkat menggunakan nama singkatan R4T dan lain-lain contoh lagi.
  • Header/Logo - boleh membentuk identiti blog dengan membina header atau logo yang menarik. Apabila kita lihat header atau logo tersebut, kita telah tahu blog tersebut.
  • Tag line - tag line yang unik juga menyumbang kepada mewujudkan identiti blog. Contohnya blog Mia Liana - Smile - Smile - Smile, BelogMJ - this is my tale ©
  • Jenis blog - jenis blog yang unik dan lain dari yang lain membantu membentuk identiti tersendiri. Contohnya blog kontest - hanya menyediakan maklumat tentang kontest sahaja.
  • Corak penulisan - cara menulis dan entry juga membantu membentuk identiti tersendiri. Terdapat bloggers yang menggunakan ayat kasar, bahasa rojak, pantun, puisi dan lain-lain menyampaikan entry blog.
  • Persoaliti penulis - ia juga membantu menjadikan identiti blog. Bagi yang telah mempunyai personaliti seperti artis, adalah mudah menyalurkan personaliti penulis kepada identiti blog. Kepada penulis biasa, boleh wujudkan personaliti penulis dengan sentiasa memamparkan gambar penulis di blog, memperkenalkan diri dalam blog, menunjukkan keunikkan personaliti, mewujudkan rangkaian rakan, sentiasa menjadi blogger mesra dan sebagainya
Setiap blog mempunyai ciri-ciri tersendiri dan ia mampu diasah sebagai identiti blog. Ciri-ciri yang tersendiri tersebut sekiranya digabung boleh membentuk identiti blog yang terbaik.

Secara rumusannya, blog perlu unik untuk menyerlahkan identiti blog anda. Selamat membentuk identiti blog anda.


EmoticonEmoticon