Masih dalam mood demam
Baca Juga
Semalam MC, hari ini masih tidak larat untuk bekerja. Oleh itu terpaksa mengambil cuti (Emergency Leave). Bangun pagi tadi, badan masih panas dan agak lemah-lemah. Tidur pun kurang lena malam tadi.
Semalam semasa pergi check dengan doktor, hanya virus demam yang menyerang. Mungkin hari ini akan sembuh. Tak sangka pula virus kali ini kuat pula. Biasa kalau Sop demam, makan ubat lepas tu nanti akan sembuh. Tengok rekod terakhir Sop jumpa doktor tersebut ialah Mei 2009. Maknanya agak lama juga Sop tidak berjumpa doktor.
Sekarang ini, makan ubat ikut waktu serta mengambil antibiotik. Oleh kerana mahu keluarkan peluh, Sop memakai sweeter dan memakai stokin. Kipas memang tidak buka. Apabila berpeluh, badan sedikit segar. Harap-harap esok boleh kembali bekerja :)
|
3 jenis ubat perlu dimakan |
|
dah macam orang dalam pantang pula... huhuhu |
EmoticonEmoticon