08 September 2010

Koleksi SMS Pantun Hari Raya Aidilfitri

Kebiasaan pada malam Raya atau hari Raya, berpusu-pusu SMS diterima untuk mengucap Selamat Hari Raya. Ada yang ucapan biasa dan ada juga yang sangat kreatif. Berikut pantun Hari Raya Aidilfitri yang dipetik hasil injin carian Google yang boleh diguna untuk menghantar SMS ucapan Hari Raya Aidilfitri:


Kura - kura berjalan lambat,
Anak kera melompat - lompat,
Kadraya nak hantar dah tak sempat,
Cara SMS pun dah kira selamat ...
---------------------------------------------
Tunggu - tunggu rayo dah dokek,
Bakar lomang robuh ketupek,
Nak hantar kadrayo dah tak sompek,
Hantar SMS jo yang copek ...
---------------------------------------------
Ketupat pulut diatas para,
Hendak direbus ditepi perigi,
SMS dihantar pengganti kadraya,
Tanda ingatan di aidilfitri ...
---------------------------------------------
Masak lemang sambil berdiri,
Nak dimakan di Aidilfitri,
Nak hantar kadraya posmen lak cuti,
SMS ajelah yang boleh diberi ...
---------------------------------------------
Lapar puasa terketar - ketar,
Bila berbuka lega rasanya,
Kadraya tak sempat nak dihantar,
Kiriman SMS pun bolehlah ya ...
---------------------------------------------

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

---------------------------------------------
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

---------------------------------------------
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 

---------------------------------------------
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

---------------------------------------------
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 

---------------------------------------------
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 

---------------------------------------------
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

---------------------------------------------
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 

---------------------------------------------
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 

----------------------------------------------
Bunga selasih di tepi pohon
Harum menyerbak ke lubuk hati
Salam kasih maaf dipohon
Tanda cinta subur dihati
---------------------------------------------
Berjabat salam rindu diakrabi
Senyum ikhlas jujur mengiringi
Salah dan silap mohon dimaafi
Bekalan ke akhirat sebelum mati
---------------------------------------------
Burung undan di pucuk meranti
Merenung laut ikan dinanti
Rahmat Ramadan kita penuhi
Aidilfitri tanda jiwa mensyukuri


EmoticonEmoticon