15 September 2010

Hari Raya ke 5, di Kuala Terengganu

Pada hari ini, kami tidak pergi beraya ke mana-mana kerana kebanyakkan saudara dan sahabat telah  mula bekerja. Pada sebelah pagi sehingga tengah hari, kami hanya berada di rumah sahaja. Azfar dan Azwar sibuk bermain sama ada dengan kucing, bermain bola dan juga mewarna. Mereka memang seronok sangat berada di rumah Tok Ki.

Pada sebelah petang, kami ke Pantai Batu Buruk untuk ronda-ronda. Pada petang tadi, pengunjung sangat ramai sehingga sukar untuk mendapatkan parking. Kami singgah di kedai yang menyediakan makanan goreng bertepung sambil menikmati air kelapa.

Kelihatan ramai yang seronok bermain layang-layang, menaiki kuda dan kereta kuda, bermain di taman permainan dan juga lepak-lepak. Suasana di Pantai Batu Buruk sangat meriah dengan kunjungan pelawat tersebut.

Selesai makan-makan, kami pun pulang.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon