Berkunjung ke Houz Depot Jalan Tuanku Abdul Rahman
Baca Juga
Houz Depot, pusat jualan hiasan dan binaan rumah yang semakin popular hari ini cuba menandingi IKEA? Konsep yang dibuat oleh Houz Depot semakin mendapat perhatian pelanggan dan ramai yang ke Houz Depot untuk melihat dan membeli baranganya.
Semalam, pertama kali kami ke Houz Depot Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk melihat barangan yang terdapat di pusat jualannya. Terdapat banyak barang yang menarik perhatian kami. Walaupun barang tidak banyak berbanding IKEA tetapi Sop percaya, sekiranya Houz Depot terus menambah produk jualannya, pasti suatu hari nanti boleh menandingi IKEA.
Antara yang menarik perhatian Sop semasa ke Houz depot ialah barang kelengkapan rumah seperti perhiasan dan kelengkapan dapur. Design yang dibekalkan adalah moden dan elegant. Tiada gambar diambil dalam Houz Depot kerana tidak dibenarkan.
Galeri gambar:
|
depan Houz Depot |
|
seperti biasa, aksi muka pelik oleh Azfar.. huhuhuh |
|
Kopitian terdapat dalam Houz Depot, minum dulu.. :) |
|
Selesai melawat Houz Depot |
|
Dapatlah 2 biji bantal untuk ruang tamu.. |
|
Eh, ada iklan jawatan kosong :) |
EmoticonEmoticon