5 tips memberi komen blog untuk traffic
Meninggalkan komen selepas membaca entry bukan sahaja boleh menyampaikan pendapat atau pandangan tetapi juga boleh mewujudkan hubungan antara bloggers, menaikkan PR dan juga 'backlink' iaitu traffic. Bagaimana traffic boleh terhasil melalui komen? Ikuti tips berikut:
- Menjadi pengomen tegar - perkara ini tidak Sop sedari sehingga terdapat beberapa bloggers yang Sop kenali sebagai pengomen tegar seperti Kie-yu, Zulkbo, LifeKami, tehr dan lain-lain. Apabila bloggers selalu memberi komen entry kita, secara tidak langsung kita akan membalas komen ke entry blog mereka. Hubungan antara bloggers juga menjadi lebih rapat.
- Menjadi pemberi komen teratas (top commenter) - Kebanyakkan pemilik blog memasang widget top commenter dan jika antara pemberi komen terbanyak, nama anda akan tersenarai dalam senarai tersebut. Ia juga mampu memberi backlink yang sangat baik
- Memberi komen yang bernas - Komen yang berbentuk bantuan, perkongsian maklumat, pertambahan informasi dan lain-lain adalah yang terbaik untuk memberi backlink kepada blog anda. Contohnya sekiranya terdapat entry tentang mohon maklumat atau penyelesaian masalah. Kebiasaan jika anda mampu menolong menyelesaikan masalah, pemilik blog sangat terhutang budi. Mungkin akan tersenarai dalam blog list, entry atau dibookmark. Ia juga menggambarkan anda mempunyai banyak maklumat dan informasi dan pembaca blog tersebut mungkin akan singgah ke blog anda.
- Meninggalkan URL blog - Pastikan setiap komen anda disertakan URL blog. Contohnya sistem komen blogspot akan memaparkan 'user profile' pada komen. Sila update 'profile' dan masukkan senarai blog anda. Daftar 'user' bagi sistem komen lain seperti "Disqus", "Instant debate" dan lain-lain untuk memasukkan link blog.
- Menyenaraikan URL blog - Sekiranya entry tersebut berkaitan dengan entry blog anda, anda boleh meninggalkan komen dengan menyatakan ia maklumat berkaitan atau tambahan. Tetapi jangan melakukan SPAM iaitu memasukkan link tanpa maklumat berkaitan atau sebarang ayat. Ia akan menunjukkan anda hanya mencari traffic semata-mata.
Terdapat tips-tips lain lagi yang digunakan oleh bloggers semasa memberi komen. Mungkin rakan-rakan bloggers lain boleh menambah tips lain [sambil apply tips yg ke 3] untuk perkongsian bersama.
EmoticonEmoticon