Tips kepada perokok di bulan puasa
Berikut adalah tips-tips untuk membantu perokok tegar mengatasi masalah ketagihan di bulan puasa:
- Tanam niat dalam hati yang anda sedang berpuasa
- Simpan rokok, pemetik api, bekas habuk rokok dari pandangan mata
- Buat aktiviti yang berfokus dan memerlukan tumpuan
- Berbual dengan rakan-rakan
- Lakukan senaman ringan seperti melonggarkan otot-otot tangan dan kaki
- Membaca Al Quran dan berzikir
- Bebaskan minda dari berfikir tentang rokok
Tips-tips di atas hanya sebagai panduan sahaja. Kesan dari ketagihan rokok semasa bulan puasa hanya perokok sendiri mampu mengatasinya. Sentiasa berfikiran positif dan anda mampu mengubahnya.
Adakah bulan puasa permulaan terbaik untuk berhenti merokok?
Sop dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan menjalankan ibadah berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Ramadhan kali ini bertambah berkatNya dari sebelum-sebelumnya. Amin..
EmoticonEmoticon