Tips 'copy and paste' artikel blog
'Copy and paste' atau dalam Bahasa Malaysia ialah salin dan tampal adalah aktiviti mengambil artikel dari sesuatu sumber dan dimasukkan ke dalam blog sendiri. Ia adalah salah satu teknik dalam menulis blog [senarai teknik menulis blog].
Aktiviti ini banyak dilakukan oleh blogger untuk dimasukkan ke dalam blog untuk dikongsi bersama. Dikala ini, Sop dapati ramai yang membuat salin dan tampal dari akhbar online kerana ia terdapat cerita-cerita terkini dan sensasi dengan mudah. Selain itu, sumber-sumber lain ialah dari emel, forum dan sebagainya. [Sop pun tersenarai yer..! huhuhu]
Salin dan tampal ini sangat membantu terutama bloggers yang kekeringan idea untuk menulis. Namun begitu harus diingatkan tentang "Hak cipta" dan "etika membuat salinan".
Namun begitu, adakah salin dan tampal ini memberi traffic kepada blog anda?
Ini kerana ramai yang menggunakan teknik ini dan jika blog anda baru, tidak mesra SEO dan kurang dikenali pasti entry tersebut sekadar entry. Tiada pembaca! Ia berikutan persaingan tajuk dan keyword berita tersebut.
Berikut adalah tips-tips salin dan tampal artikel blog:

- Pastikan catat sumber artikel atau bahan-bahan yang diambil - untuk mengelak disaman atau memberi kreadit kepada penulis asal
- Membuat perubahan tajuk - untuk menjadikan ia kelihatan berlainan dan kelebihan. Tajuk boleh ditambah atau diubah tetapi mempunyai maksud yang sama. Perkataan yang lebih 'hangat' sangat membantu. Contoh "Kes buang bayi" + "tidak berperikemanusiaan"
- Membuat ulasan artikel atau berita - Ia menjadikan artikel tersebut lebih hidup dan penulisan adalah hasil anda tetapi merujuk kepada artikel yang disalin dan tampal. Ulasan boleh diletak sebelum, tengah atau selepas artikel yang disalin. Pastikan ulasan anda tidak melanggar mana-mana undang-undang!
- Membuat petikan artikel - sekiranya artikel terlalu panjang, ambil bahagian yang penting dan sesuai sahaja. Sekiranya terlalu panjang dan meleret (+ rumusan/ulasan anda, berapa panjang daa..), ia akan menakutkan pembaca.
- Membuat rumusan - ia penting memberi pandangan anda secara keseluruhan. Masukkan nasihat, tips, pendapat dan sebagainya.
- Mengambil artikel yang menarik - pastikan artikel tersebut boleh menarik orang untuk membacanya.
- Artikel popular - mengambil artikel yang mungkin dicari pembaca
Walaupun teknik ini sangat mudah dan membantu TETAPI penulisan berdasarkan idea sendiri adalah terbaik. Ia adalah idea anda dan pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.
Ikuti tips penulisan blog dalam artikel yang akan-akan datang. [bila? entah lah..huhuhu]
EmoticonEmoticon