10 August 2010

Syarikat pengiklanan internet banyak - kesannya?

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga ceria dan sihat selalu. Topik ini hanya sekadar perbincangan dan percambahan maklumat supaya dapat dikongsi bersama.

Adakah wujudnya lebih banyak Syarikat Pengiklanan Internet memberi lebih banyak kebaikkan kepada blogger?
[Siapa nak jawap sila angkat tangan.. huhuhu]

Jika menjawap kepada soalan, mestilah jawapannya Ya. Ini kerana lebih banyak keuntungan kepada 'publisher' seperti blogger. Namun begitu, sekiranya tidak diatasi dengan baik ia juga boleh membawa kepada keburukkan. Jom sertai Sop untuk bincangkan apa kebaikkan dan keburukkan pengiklanan internet yang banyak bercambah hari ini.

Kebaikkan:
  • Boleh memberi lebih banyak sumber pendapatan kepada blogger [setuju?] huhuhu.. i like
  • Terdapat banyak pilihan kepada blogger untuk memilih yang terbaik. Pilihan semertinya syarikat mempunyai prestasi pembayaran yang baik, rekod iklan cemerlang dan sebagainya.
  • Persaingan antara syarikat pengiklanan memberi keuntungan kepada blogger kerana masing-masing menawarkan pakej dan perkhidmatan yang baik untuk menjaga pelanggannya. Contohnya ialah bayaran setiap pengiklanan akan semakin naik
  • Blogger boleh memamparkan lebih banyak iklan dan berpeluang mendapat lebih banyak pendapatan
Keburukkan:
  • Blogger mungkin akan mengejar pendapatan semata-mata. Membina blog hanya untuk mengejar pendapatan sehingga sanggup melanggar nilai dan etika blogger.
  • Blogger mungkin akan keliru dengan pengiklanan yang baru dan janji manis
  • Kehilangan status pengiklan tegar atau setia dan mengurangkan kelebihan yang diperolehi dari Syarikat Pengiklanan
  • Blogger mungkin akan bertukar-tukar syarikat pengiklanan untuk mengejar syarikat yang menawarkan peluang terbaik tetapi akhir terkandas. Yang dikejar tidak dapat, yang kendong keciciran. [sapa nak jawap tu?...huhuhu]
  • Mungkin terdapat syarikat pengiklan akan mengambil kesempatan [ada ker?]
Setakat ini sahaja yang sempat Sop keluarkan. Mungkin rakan-rakan blogger mempunyai pendapat lain?


EmoticonEmoticon