09 August 2010

Percutian ke Johor [bahagian 6]

Entry sebelum ini [bahagian 5] mengenai pengalaman melihat kereta mewah Lamborghini.

Setelah kembali ke penginapan, kami hanya berehat di bilik sambil menonton TV. Aku hanya keluar untuk membeli makan malam di kedai Festive Street Mall dan makan menikmatinya di bilik. Malam tersebut kami tidur dalam kepenatan!

Keesokkanya selepas berkemas, kami daftar keluar jam 10.00 pagi. Itu adalah waktu bagi daftar keluar Tune Hotel berbeza dengan hotel biasa iaitu jam 12.00 tengah hari. Jika terlewat, bayaran lebihan mengikut jam akan dikenakan yer..:)

Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah untuk sarapan di gerai Danga Bay.

Perjalanan pulang sangat lancar walaupun kerata banyak di lebuh raya. Tiada sebarang kesesakkan lalu lintas. Sepanjang perjalanan, hanya satu perangkap laju yang kelihatan. Nasib baik masa tersebut membawa ikut kelajuan yang ditetapkan iaitu 110km/h. Beberapa kereta mewah yang berdesup kelihatan ditahan polis traffic. Dalam perjalanan pulang, beberapa hentian kami singgah untuk menunaikan hajat dan juga minum-minum.

Akhirnya kami selamat tiba di Kuala Lumpur jam 3.30 petang.

Berikut adalah pengalaman percutian kami selama 3 hari ke Johor dan Singapura. Terima kasih kepada anda kerana sudi membaca entry ini.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon