09 August 2010

Percutian ke Johor [bahagian 2]

Bahagian 1 percutian kami ke Johor, sila rujuk sini.
[...Petang tersebut, kami hanya berehat di bilik sambil menonton TV rancangan Star Movie. Sop sempat melelapkan mata seketika untuk melepaskan penat memandu.]


Pada malam pula, kami teruskan percutian ke Johor dengan melawat taman tema Danga Bay. Tetapi sebelum itu, kami singgah dahulu makan malam di kedai makan di Danga Bay Festive Street Mall.


Di taman tema Danga Bay, kami Azfar dan Azwar sempat bermain beberapa permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Namun begitu, kami tidak bermain semua kerana harga untuk setiap permainan adalah mahal. Terdapat permainan yang berharga RM 4, 6, 8 dan 10 untuk seorang. Kebanyakkan permainan sama seperti taman tema yang lain. Oleh itu, Azfar dan Azwar tidak begitu teruja untuk bermain.


Pada malam tersebut, pengunjung tidak ramai melawati taman tersebut mungkin kerana hari Jumaat atau sememangnya tidak ramai pengunjung. Kami melawat ke semua kawasan taman tema dan kemudian kembali ke Danga Bay Festive Street Mall. Selepas makan malam tadi, kami tidak sempat untuk melawat kedai jualan di Danga Bay Festive Street Mall tersebut. Azfar dan Azwar sempat bermain motor elektrik yang terdapat di situ.


Kami kemudian kembali ke hotel untuk berehat. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.


Ikuti percutian ke Johor [bahagian 3] iaitu kami melawat Singapura.


Galeri gambar:



EmoticonEmoticon