Jom main bunga api bersama Azfar dan Azwar
Puasa baru sahaja selesai 9 hari namun begitu, bunga api telah tersedia dijual di pasar Ramadan. Apabila membawa Azfar dan Azwar, memang kena 'pow' untuk beli bunga api. Oleh demikian, terpaksa beli juga seikat bunga api tersebut. [Nak buat macam mana, papa dia masa kecik-kecik dulu pun hantu bunga api dan mercun..huhuhu]
Malam tadi, mulalah projek bermain bunga api. Hampir satu ikat telah belasah, aku terpaksa beri 'time out'. Simpan la juga untuk esok-esok, kalau habis, nanti hendak beli lagi.. Tokey bunga api pun bankrupt! huhuhu
Tips bermain bunga api [kepada ibubapa]
- Bermain bunga api merupakan aktiviti berisiko, pastikan sentiasa bawah pengawasan orang dewasa
- Bermain di tempat terbuka dan ada pengudaraan. Asap bunga api bahaya untuk kesihatan
- Pastikan anak tidak terdedah secara langsung asap bunga api
- Larang anak membaling bunga api. Boleh menyebabkan kebakaran dan kecederaan
- Pastikan anak bermain dengan berhemah dan sentiasa berhati-hati.
- Jauhkan dari badan dan sentiasa menghala mucung bunga api ke hadapan
- Beli bunga api yang masih dalam tarikh luput. Bunga api 'expired' mungkin rosak (mungkin boleh meletup)
- Jangan benarkan anak membuat ubah suai. Contoh buat bom bunga api.
Adalah diingatkan bunga api di negara ini adalah dilarang! huhuhu [apa guna tips di atas? huhuhuh]
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon