Jadual post entry blog anda?
Adakah anda mempunyai jadual membuat 'posting'?
Kadang kala Sop hanya 'post' bila ada idea tetapi letak target sekurang-kurangnya 1 'post' sehari. Tidak pernah terfikir tentang jadual untuk membuat 'post'. Oleh itu, jika idea banyak, banyak juga 'post' yang keluar, jika tiada idea, mula membuat 'post' merapu!
Setelah direnung-renung kembali, ia merupakan kesilapan besar bagi Sop. Sepatutnya Sop mempunyai jadual kerana jadual menjadikan 'entry' blog lebih sistematik dan mempu mengejar pendapatan yang baik. Entry sebelum ini mengenai jadual Nuffnang mengingatkan Sop pentingnya membuat 'entry-entry' diwaktu tertentu. Ia penting untuk menarik 'traffic' waktu-waktu yang selaras dengan jadual iklan.
Sop juga tersilap apabila membuat terlalu banyak 'entry' apabila mempunyai idea. Sop terlupa tentang 'autopublish' yang sangat berguna disaat kekeringan idea. Dengan menggunakan 'autopublish', 'entry' boleh disimpan dahulu sehingga waktu yang sesuai. Sekiranya banyak idea waktu tersebut, buat 'entry' banyak-banyak dan simpan dahulu, kemudian publish secara berperingkat-peringkat mengikut jadual. Dengan cara ini, blog Sop akan sentiasa mempunyai 'entry' yang terkini.
Tips-tips ini selalu dibaca dalam blog-blog otai tetapi kurang dipraktiskan. Ini merugikan Sop sendiri! huhuhu
Apa pendapat anda pula? Adalah anda mempunyai jadual membuat publish entry?
Nota kaki: Jangan lupa ping blog mengikut jadual juga untuk tarik traffic waktu tertentu :)
EmoticonEmoticon