22 August 2010

Cuci kenderaan di kedai - rugi atau menjimatkan?


Persoalan yang sesuai bagi pemilik kenderaan tetapi mampu dijawab oleh sesiapa juga. Tiada yang betul dan tiada yang salah! Ia bergantung kepada ulasan dan pendapat.

Kenapa soalan ini ditanya?
Saje jer..huhuhu [boleh?] Hanya sebagai perbincangan dan percambahan pendapat.

Setakat kini, Sop memang susah cuci kereta atau motor sendiri. Bukan kerana malas tetapi kemudahan yang tiada. Sop berada di tingkat tiga dan mustahil untuk mengangkut air turun ke bawah. Di kawasan parking sememangnya tiada paip awam disediakan [jika ada, mesti parah semua dok curi air..huhuhu]

Sebelum ini, Sop mengupah seorang pakcik berbangsa India yang mencuci kereta. Beliau mencuci di awal pagi dan kebiasaan 2 kali seminggu. Cara operasi beliau ialah mengangkut air menggunakan basikal tayar 3 yang boleh mengisi 3 biji tong besar. Bayaran dikenakan ialah RM 30 sebulan. Namun kini, pakcik tersebut tidak lagi menyediakan perkhidmatan tersebut. [dimaklumkan diganggu taiko yang dikatakan juga menjaga kawasan tersebut meminta bayaran kawasan] Sekarang, apabila kelihatan agak kotor, Sop akan hantar ke kedai cuci yang berhampiran.

Manakala untuk motor pula, Sop menghantar ke kedai di Taman Seri Rampai. Sop suka mencuci motor di kedai tersebut kerana mutu cucian yang baik. Sekiranya perkhidmatan baik diberikan, pasti pelanggan berpuas hati. Pekerja yang menjalankan cucian warga asing [Bangla kot]. Pernah juga bawa ke kedai lain di tepi rumah [bangsa sendiri], namun begitu perkhidmatan kurang memuaskan.

Sekiranya mempunyai kemudahan mencuci, pasti Sop lakukan sendiri. Bukan sahaja lebih menjimatkan tetapi juga boleh mengeluarkan peluh. Sekiranya pulang ke kampung, Sop tidak pernah melepaskan peluang membasuh sendiri. Disamping itu juga boleh merapatkan hubungan keluarga apabila anak-anak turut membantu. [Azfar dan Azwar lebih byk main air dari tolong cuci..huhuh]


Bagaimana anda pula?


EmoticonEmoticon