Cabutan bertuah untuk Aidilfitri
Blog Riwayat Hariku (RH) baru sahaja selesai mengadakan program "pelawat bertuah ke 100, 800 dan 1000" dan Sop ingin mengucapkan tahniah kepada penerima saguhati tersebut. Semua pelawat bertuah tersebut adalah perempuan. Mungkin apabila saguhati sesuai untuk perempuan disediakan, mereka yang bertauh juga perempuan [betul ker?].
Oleh itu, kali ini Sop ingin mencuba pula hadiah yang sesuai untuk lelaki iaitu butang baju melayu [rujuk galeri gambar]. Butang baju melayu ini adalah stok untuk baju raya Sop tahun ini tetapi untuk menguji teori tersebut, butang tersebut akan Sop hadiahkan kepada yang bertuah [usah risau, Sop masih ada butang lain lagi yer..huhuhu].
Ikuti syarat-syarat berikut untuk menyertainya:
- Terbuka kepada semua bloggers (lelaki atau perempuan)
- Perlu membuat 1 (satu) entry mengenai cabutan bertuah ini di blog anda
- Hantar URL entry anda di ruangan komen entry ini
- Masukkan banner peraduan beserta link ke entry ini
- Hanya satu peserta bertuah akan dipilih menggunakan sistem 'random' yang selalu bloggers guna untuk memilih cabutan bertuah
- Tarikh penyertaan 22 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010 jam 12.00 tengah malam (harap sempat dapat untuk pakai raya)
- Pemenang akan diumumkan pada 1 September 2010
Good luck!
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon