24 August 2010

Berbuka puasa di NZ Curry House, Wangsa Maju

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..
Malam tadi berbuka dimana?

Malam tadi, kami berbuka di NZ Curry House, Wangsa Maju. Agak rindu dengan masakan mamak kerana kami kerap juga makan tengah hari di NZ Curry House di hari biasa.

Kami ke sana selepas mengambil Azfar dan Azwar dari rumah neneknya (mertua Sop). Setibanya di NZ Curry House, ramai pelanggan yang telah ada. Menu kami malam tadi ialah nasi putih dan lauk ikan goreng, sotong goreng, udang goreng dan ayam goreng.

Selain itu, kami juga ada membawa kuih lapis dan karipap sebagai menu tambahan. Kurma diberikan percuma oleh NZ Curry House. Jika anda ingin mendapatkan menu tambahan, di tepi jalan berdepan dengan NZ Curry House dan Wangsa Walk Mall, terdapat pasar Ramadan yang menjual pelbagai jenis makanan.

Semasa berbuka, didapati hampir penuh meja diduduki pelanggan. Oleh itu, jika anda bercadang berbuka di sini, pastikan anda datang lebih awal.

Kemudahan surau disediakan untuk memudahkan pelanggan solat Magrib.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon