24 August 2010

Azfar, Azwar dan kopiah Raya

Kopiah raya ini dibeli semasa jalan-jalan Uptown Setiawangsa malam yang lepas. Tahun ini, kami memang tidak bercadang untuk membeli songkok kerana seperti tahun-tahun yang lepas yang agak merugikan. Azfar dan Azwar memakai songkok hanya seketika sekejab sahaja. Kemudian, songkok entah kemana, orang pula kemana! Kemudian, agak sukar untuk membawanya apabila mereka tidak ingin memakainya.

Biasanya, songkok tersebut hanya tahan untuk setahun dan tahun ini songkok tersebut tidak lagi muat di kepala.

Rancangan tahun ini, Azfar dan Azwar tidak dibelikan 1 set baju melayu kerana untuk mengelak pembaziran. Berdasarkan rekod, baju melayu yang dibeli hanya dipakai 2 kali sahaja iaitu hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Tempoh lain, hanya tersimpan dalam almari. Oleh itu, kami bercadang untuk membeli baju melayu Raihan iaitu baju sahaja. Seluar akan gunakan seluar panjang biasa. Pemakaian kopiah sangat sesuai dengan tema ini. Betulkan?

Ada sesiapa tahu dimana boleh dapatkan baju Raihan untuk kanak-kanak?
Jualan baju melayu di Jaya Jusco Setiawangsa telah dicari malangnya tiada saiz untuk Azfar.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon