01 August 2010

Apa teknik menulis blog anda?

Setiap penulis blog mempunyai teknik-teknik tersendiri mengikut kemahiran, idea, tema dan sebagainya. Teknik-teknik penulisan blog ini mempunyai kelebihan dan peminat yang tersendiri. Dengan menggunakan teknik-teknik yang sesuai, ia boleh menjadikan blog unik dan digemari pelawat.

Berikut adalah teknik-teknik penulisan blog:

  1. Teknik bercerita - teknik yang menarik dan gemar dibaca kerana penulisan yang menarik. Idea disampaikan dapat digambarkan sepenuhnya oleh pembaca kerana suasana, situasi, perasaan dan lain-lain diceritakan sekali. [Sop kurang menggunakan teknik ini kerana kurang bakat dan tidak mahir, tetapi akan guna juga nanti]
  2. Teknik melapor - teknik ini biasa digunakan dalam penulisan berita iaitu melaporkan sesuatu aktiviti, kejadian, berita dan sebagainya. Ia sangat sesuai untuk menyampaikan maklumat terkini atau berkongsi pengalaman. [biasa Sop guna sebab senang dan cepat. contoh Sop melapor aktiviti hujung minggu]
  3. Teknik bergambar - jurugambar sangat sukakan teknik ini kerana gambar itu sendiri memberi seribu penceritaan kepada pelawat. Dengan teknik-teknik gambar yang menarik, blogger tidak perlu membuat ulasan penuh kerana ia telah tersurat. Ia juga dikenali dengan photoblog. [selalu Sop buat sebab selalu bergambar. Gambar-gambar suka disimpan sebagai kenangan]
  4. Teknik ulasan - teknik ini memerlukan penulis blog menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai tajuk tersebut. Idea-idea penulis akan digabungkan dengan isu tersebut supaya pembaca lebih jelas dan idea lebih berkembang. Teknik ini bagus untuk percambahan idea dan pendapat. [Sop jarang buat kerana memerlukan pemikiran luar kotak tetapi selalu buat ulasan filem, lagi mudah]
  5. Teknik perbincangan - teknik ini bertujuan mendapat reaksi dan pendapat pelawat. Teknik ini mampu menarik ramai pemberi komen dan topik yang dibincangkan menjadi lebih menarik. Input tambahan yang dikongsi oleh pelawat adalah sangat penting. Dengan ini maklumat akan sentiasa bertambah. [sekarang Sop selalu buat untuk tarik komen, selalu keluarkan entry berbentuk soalan]
  6. Teknik salin dan tampal - teknik 'copy & paste' dari pelbagai sumber untuk dipaparkan dalam blog. Ia bagus untuk injin pencarian dan penambahan artikel. Pastikan sumber asal diberi kreadit kerana pelagiat adalah satu kesalahan. Terdapat juga artikel yang mempunyai status 'Hakcipta terpelihara" [Sop ada juga buat kalau terima artikel dari emel]
  7. Teknik video - juga dikenali sebagai videoblog yang semakin digemari sekarang ini. Video blog lebih menarik kerana ia mengandungi unsur multimedia. Namun begitu, teknik ini memerlukan internet yang pantas dan besar. [Sop baru cuba dan mencuba, agak sukar dengan kelajuan internet sekarang]
  8. Teknik puisi - menggunakan seni bahasa untuk membuat entry sama ada pantun, sajak, lagu, lawak dan sebagainya. entry seperti ini sangat unik dan hebat kerana tidak semua bloggers mampu. [Sop x pernah buat sebab mm x reti! huhuhu]
Berikut adalah beberapa teknik yang boleh dikongsi. Masih banyak teknik-teknik lain yang boleh digunakan untuk menulis blog dan mungkin rakan-rakan boleh tambah. Namun begitu, untuk hasil yang terbaik, gunalah teknik gabungan semasa membuat entry iaitu menggunakan beberapa teknik sama ada 2 teknik atau lebih.

Apa teknik yang anda guna?


EmoticonEmoticon