17 August 2010

Adakah Nuffnang yang terbaik?

Topik ini ekoran dari entry oleh 3 bloggers yang Sop terserempak iaitu eyriqazz, Dahlia dan LanunSepet yang membicarakan tentang berkaitan syarikat pengiklanan internet Nuffnang. Daripada entry mereka, diceritakan pengalaman bersama Nuffnang dan hal-hal berkaitan. Entry Sop hanya sekadar percambahan idea dari entry berkaitan Nuffnang untuk difikirkan bersama.


Adakah ini kerana syarikat lain yang tidak bagus?
Setakat kini, belum ada syarikat boleh menandingi Nuffnang kerana kehebatannya berdasarkan penilaian keseluruhan. Mungkin ada syarikat yang menawarkan bayaran lebih tinggi tetapi ada kekurangan yang lain. Mungkin ada yang dari segi bayaran baik tetapi iklan yang berkurangan. Seterus sebab-sebab lain yang memberikan kelebihan kepada Nuffnang!


Apa pendapat anda tentang Nuffnang?
Berdasarkan review-review dari bloggers, perbezaan ketara antara Nuffnang dengan syarikat lain ialah konsep komuniti pengiklanan Nuffnang. Dengan Nuffnang, bloggers bukan sahaja menerima pendapatan tetapi juga faedah-faedah lain seperti:

  • Peraduan - yang menyediakan hadiah hebat seperti peraduan Sony, Pizza
  • Acara - seperti parti bersama Digi dan LG 
  • Majlis - seperti berbuka puasa, sesi minum teh bersama staff Nuffnang, temubual ekslusif bersama bloggers
  • Tayangan perdana - preview filem terbaru
  • Ping blog - perkhidmatan ping blog di in
  • Dan sebagainya.... huhuhu
Kenapa anda perlu setia dengan Nuffnang?
Rasanya semua tahu kelebihan menjadi pengikut setia Nuffnang. Jika belum tahu, sila rujuk apa itu glitterati.
Sop sendiri 2 kali akaun bertukar menjadi status Ordinary apabila kesilapan memasukkan iklan yang menjadi persaingan kepada Nuffnang. Yang pertama memang tidak tahu dan terang-terangan meletakkan link di 'sidebar' dan yang kedua hanya memasukkan link ke dalam entry. Kesan daripada itu, pendapatan yang diterima sangat rendah. Contoh jika status glitterati bayaran yang diterima ialah RM0.25 perklik manakala status Ordinary hanya RM0.15 sahaja. 

Apa harapan anda terhadap Nuffnang?
Semoga Nuffnang akan terus kekal yang terbaik dan dalam masa yang masa terdapat syarikat lain juga boleh menandingi kehebatan Nuffnang. Lebih banyak syarikat pengiklanan yang bagus, lebih banyak peluang kepada bloggers.

Apa kata anda pula?


EmoticonEmoticon