28 August 2010

5 tips menaikkan Page Rank (PR)

Setakat hari ini, Page Rank (PR) blog Riwayat Hariku (RH) masih ditangga PR2 dan juga berada di PR 2 dalam tempoh yang agak lama. Apabila melawat blog dari negera jiran seperti Indonesia, rata-rata PR blog mereka sangat tinggi iaitu PR3 atau PR4. PR yang tinggi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri tetapi apa yang paling penting ialah kepuasan diri [capai target].

Oleh sebab itu, Sop cuba menaikkan PR blog RH ke aras yang lebih tinggi. Terdapat banyak tips-tips yang dibekalkan di laman web atau blog tetapi Sop cuba fokus kepada 5 tips ini dahulu:


  1. Update entry blog setiap hari dengan memasukkan lebih banyak konten yang unik. Penulisan juga perlu mesra SEO untuk menerima traffic dari injin carian. Selain itu, blog juga perlu dibuat tuning.
  2. Memasukkan link entry yang lepas ke dalam entry untuk sebagai rujukan atau maklumat tambahan. Sop ada buat tetapi jarang-jarang. Selepas ini akan berusaha lebih!
  3. Sentiasa membuat 'ping' apabila selesai membuat entry. Terdapat banyak website yang menyediakan kemudahan 'ping' ini.
  4. Mendaftar blog atau menghantar sitemap dengan web carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya
  5. Berkongsi link dan mendaftar link ke laman web 'directory'. Setakat ini ada beberapa web 'directory' yang Sop telah daftar dan mungkin boleh tambah lagi dengan web-web 'directory' luar negara pula. Contohnya Free Web Submission dan Submit Express
Terdapat banyak lagi tips-tips yang Sop jumpa tetapi buat masa ini, akan cuba fokus kepada 5 tips ini. Sekiranya tiada juga perubahan, mungkin boleh meningkatkan usaha-usaha lain.

Sekiranya anda ada tips-tips tambahan untuk dikongsi, sila tinggalkan diruangan komen. Mungkin boleh dimanfaatkan bersama ilmu tersebut. :)


EmoticonEmoticon