12 July 2010

What If I’m a Russian Spy

Apa yang terjadi sekiranya saya seorang pengintip Russia?

Sebelum memulakan bicara, adalah dimaklumkan bahawa maklumat ini adalah rahsia tahap tertinggi dan sesiapa mengetahui rahsia ini akan ditahan dan akan dipadamkan semua ingatan mengenai rahsia ini. Oleh itu, jika anda membaca 'entry' ini pastikan anda tidak mendedahkan sebarang maklumat yang dipaparkan selepas ini.

Saya ialah seorang pengintip yang diamanahkan oleh Russia!
Tugasan yang diamanahkan ialah mengintip dan mencari seorang penjenayah Russia yang sedang berada di Malaysia. Beliau telah menyamar sebagai rakyat Malaysia dan aktif menulis blog, melawat blog dan mencari maklumat untuk mengumpul ahli kumpulan beliau.


Rancangan beliau ialah menjadikan Asia sebagai pusat perkembangan kumpulan beliau dan menyebarkan virus F2-BLOG untuk menawan dunia. Usaha beliau telah bermula dari sejak tahun 1990 di Thailand dan Myanmar dan telah dikesan berpindah ke Malaysia awal tahun ini. Saya telah mengintip beliau sejak di Russia apabila beliau mengatur rancangan ini. Apabila rancangan digagalkan di Russia, beliau cuba menawan kawasan yang lebih kecil iaitu di Asia.


Pengitipan beliau di Thailand telah berjalan lancar dan pihak Russian telah menerima segala maklumat ahli-ahli yang terlibat. Kami hanya menunggu masa sahaja untuk menangkap mereka yang terlibat.

Namun di Malaysia, saya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai pergerakan beliau. Berikut adalah maklumat beliau hasil pengitipan di Malaysia selama 6 bulan:



Biodata Suspek
* Nama semasa : Poseng
* Alamat : Tiada maklumat
* Lokasi : Kuala Lumpur, Terengganu, Sabah, Johor, Kedah
* Fizikal :
  • Jantina - lelaki
  • Warna kulit - cerah
  • Warna rambut - hitam
  • Warna mata - hitam
  • Saiz badan - sederhana
  • Kerjaya - Profesional
* Status perkhawinan : Tiada maklumat
* Bahasa pertuturan : Bahasa Malaysia, English, Thailand, Myanmar, Russia
* Jenis operasi : Sentiasa membuat blog, menyertai gathering, melawat blog-blog, menjadi 'follower', berkongsi maklumat melalui 'Twitter' dan 'Facebook'

Perancangan : Memusnahkan pusat-pusat internet dunia melalui virus F2-BLOG yang dipasang melalui blog-blog secara meninggalkan komen atau pesanan. Virus F2-BLOG ini bertindak sebagai bom masa yang mana akan berfungsi setelah diaktifkan. Kekuatan virus ini mampu meletupkan komputer. Kesan letupan ini, akan terjadi kebakaran akibat pitasan fius elektrik. Beliau merancang untuk meletupkan seluruh komputer di Malaysia setelah semua blog dan website telah bersedia.


Maklumat terkini diperolehi ialah beliau membuat perancangan 'gathering' rahsia yang mana beliau semakin terdesak untuk mengumpul ahli kumpulannya. Oleh kerana sukar untuk mendapat ahli dari Malaysia, beliau telah merancang untuk memaksa semua 'blogger' yang hadir pada 'gathering' tersebut dengan menggunakan satu alat yang diberi nama "Mind Ex101" yang boleh menjadikan manusia mengikut semua arahan beliau.


Maklumat ini telah saya hantar ke Russia untuk tindakan seterusnya oleh Majlis Keselamatan Negara bersama dengan Kerajaan Malaysia.

Kali ini, saya percaya beliau tidak lagi mempunyai peluang untuk melepaskan diri. Maklumat yang dihantar adalah lengkap dan selangkah di hadapan.

Bagaimana saya berjaya mendapat semua maklumat ini?
Selama 10 tahun saya telah menjadi ahli dan sekarang dilantik sebagai orang kanan beliau. Sebagai pengintip, tugas utama ialah menyampai maklumat dan semasa penyampaian maklumat tersebut adalah perkara paling bahaya. Sekiranya saya dikenali sebagai ejen, pasti saya akan dilenyapkan selamanya.

Cara untuk saya memastikan beliau percaya saya salah seorang dari beliau ialah saya meletupkan 5 buah pusat server yang terdapat di Thailand. Saya juga tidak pernah menghubungi sesiapa dalam 5 tahun ini kecuali ibu pejabat untuk memastikan saya tidak dapat dikenali.

Saya juga membuat perubahan diri sendiri untuk memastikan saya mempunyai identiti baru. Semua maklumat mengenai diri saya telah diubah oleh ibu pejabat. Saya kini seperti orang baru yang mempunyai maklumat peribadi berdasarkan orang baru.

Bagaimana penyampaian maklumat dihantar kepada Ibu Pejabat?
Maklumat dihantar melalui kod rahsia melalui blog. Analisis kod hanya boleh dilakukan melalui perisian ANA-X-007 sahaja.

Contoh kod adalah seperti berikut:

   riwefopwgfidjkl[sd'pvklsdfvsdv[p'kldfmeqw[fokepf'
   lwe8.653f24ewfrjipwejf-93opefdsv352fwdsfkmsd;fl6f7sd
   dfsf;sd;fklmasd;lfmasd
   sdffjkasd'pf0[3oqf/ds?Z30fesdv/.]
   0fdsfnmksdofh79127iyeq;GFDO;LG0LGF sdrfkls[p
   sdf'sdKLJSDF-P =0][-]D lknsaaDO'ASDV0V[S25DS4FS

Maksud kod:

   Awas! Anda sedang diperhatikan.
   Pastikan anda menghilangkan diri kadar segera
   Anda mungkin akan ditangkap oleh beliau..
   Beliau telah mengesan anda membaca maklumat ini
   Hubungi ejen Salt untuk melindungi anda..

Maklumat terpaksa ditamatkan !!! 


0010101010101010100010101010100101010101001010101000101010010101111010010101010100100000010101010101010000000111110101001010101010101001010101000001010111001010101001010101010100000010101000011110001010100101010101001100101010101........

Siapa Salt?


Angelina Jolie stars in Columbia Pictures’ Salt, a contemporary espionage thriller. Before becoming a CIA officer, Evelyn Salt (Jolie) swore an oath to duty, honor, and country. She will prove loyal to these when a defector accuses her of being a Russian sleeper spy. Salt goes on the run, using all her skills and years of experience as a covert operative to elude capture, protect her husband, and stay one step ahead of her colleagues at the CIA.








Maklumat lanjut, sila lawat sini


Siapakah anda?
Saya adalah ejen 006 . Identiti saya adalah rahsia tetapi sentiasa bersama anda membanteras jenayah!


EmoticonEmoticon