28 July 2010

Siapa idola blogger anda?

Setiap blogger pasti mempunyai idola yang merangsang untuk anda menjadi blogger! Ini kerana idola tersebut yang menjadikan kita melihat peluang dan ruang dari dunia blog ini.

Jika ditanya, siapa idola sop?
Jawapanya ialah Kak Red! Rasanya ramai yang menjadikan beliau sebagai idola.

Kenapa yer?
Bagi sop beliau seorang yang sangat berjaya bukan sahaja mempunyai peminat yang ramai tetapi juga hasil pendapatan yang diperolehinya dari blogging. Sop kagum dengan usaha beliau yang pandai menarik minat pembaca untuk terus melawat blog beliau walapun kebanyakkan penulisan beliau berkisar mengenai kehidupan beliau. Sebagai isteri, ibu dan pekerja, beliau mampu membahagikan masa dan tenaga untuk blog. Kegigihan beliau itu menjadikan sop sangat mengagumi beliau.


Sejarah sop menulis blog?
Pada asalnya, sop mmg lewat terlibat dalam dunia blog ini. Sebelum ini, sop lebih terlibat dengan membina website (webmaster) dan kegemaran sop ialah membina laman web berunsur komuniti. Sebelum itu, sop tidak nampak kelebihan blog ini. Setelah sekian lama, akhirnya laman web sop terbungkus setelah sop menjinakkan diri dengan blog. Ini kerana laman web memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding blog. Untuk web, sop perlu membeli domain dan juga hosting. Apabila pengunjung ramai, pakej hosting perlu diperbesarkan untuk menampung bandwidth. Tetapi pulangan (pendapatan) tidak memberangsangkan dan tidak dapat menampung kos operasi. Berbeza dengan blog, hanya kos domain diperlukan dan hosting percuma disediakan oleh google tanpa had bandwidth!

Sop bermula membina bloh pada akhir tahun 2008 tetapi mula bergiat aktif pada awal tahun ini. Ini kerana sop cuba untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan.
Boleh ker? Kenapa tidak, sila rujuk idola sop.. huhuhuu!

Setelah melihat kejayaan Kak Red, sop mula cuba untuk berjaya seperti beliau. Lihat cara dan usaha beliau menjayakan blognya.

Sekurang-kurangnya apabila kita mempunyai idola, kita lebih bermotivasi untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

Siapa idola anda dan kenapa anda memilihnya?


EmoticonEmoticon